Sessi Jamming Yang Hepi ;)


Ahad 31/1/2010 - Dalam perancangan sepatutnya semalam kitorang jamming, tapi disebabkan aku demam, lambat bangun dan ketiadaan gitaris (tak nak dah ajak dua orang minggu lepas tu), jadi terpaksa ditunda hari ni. Seawal 10.30 pagi dah sampai opis makeshift studio, setting drumset, amp, mic dan soundcheck.

Yang bestnya kali ni ada Azroy Hemmett (aku yang gelar Hemmett tu, sebab dia terrer main lagu-lagu Metalika) gitaris jemputan (kawan Bob Kandar) yang memang sekepala dengan kitorang. Tapi sayangnya dia ni tak tau lagu-lagu Megadeth, kalau tak boleh cover lagu A Tout Le Monde... Aku teringin sangat nak nyanyi lagu tu.

Soundcheck Les Pirate sambung dengan Satchurator. No fancy multi-effects pedal this time, Behemoth aku direhatkan untuk sessi kali ni. Black Ice aku pun mula-mula sambung dengan B2 tapi macam tak best la pulak bunyi-bunyiannya, lagi best kalau sambung direct amp. (Macam nak letgo je B2 ni hehehe...). Mephisto pun direhatkan, dah polish sebab ada orang nak beli lepas CNY nanti.

Bob Kandar yang amat hepi sessi jamming kali ni.

Aksi hepi daripada Azroy Hemmett menggayakan Les Pirate aku.

Aksi hepi bassist yang terlampau...
(Ingat bassist tak boleh main gigit-gigit bass ke? Hahaha...)

Disebabkan terlampau hepi, kitorang dapat cover tiga buah lagu dengan jayanya untuk sessi kali ni (ikut standard kitorang la yang agak rendah, janji hepi) iaitu Hati Emas (lagu wajib), Sejati dan The Trooper. Lagu-lagu lain sekadar main sekerat-sekerat saja sebab bassist belum pandai :) Antaranya The Unforgiven, Fear Of The Dark, Debunga Wangi, Taman Rashidah Utama dan Bujang Senang.

Aku siap rakam video lagu Sejati dan The Trooper guna Cybershot DSC-S930, tapi tak nak la upload... Malu dong ah~ Untuk arkib sahaja bukan untuk tontonan umum ;) Apa yang penting? Hepi... Walaupun jamming sampai lima jam! (11.00 pagi - 4.00 petang) [Edited: pedulik apa, bukannya studio sewa pun, boleh main sepuas hati]

Yup mula-mula upgrade daripada GSR pi Iceman bass memang ada rasa menyesal sebab tak ergonomic dan tak selesa, sebab aku belum biasa dengan lowered position (tapi tak pernah menyesal bab sound - memang power!). Tapi bila dah dua-tiga kali bawa jamming, kira dah boleh adapt dengan bentuk dan playability Iceman bass ni.

_____
Ada apa: Berkenan tengok Epiphone Thunderbird PQöT, bassist Bottlecapt.

Ada Apa Dengan Tomyam Ayam?


Pagi ni bangun lewat, badan rasa tak sedap - demam selesema. Aku kalau demam tu aku tak kisah sangat, tapi selesama tu yang aku tak suka. Hari pertama selesema mesti nasal bridge rasa pedih-pedih. Dipendekkan cerita, kalau demam selesema biasanya hilang selera makan kan? Aku kalau demam atau badan rasa tak berapa sedap, memang aku akan pi cari tomyam ayam. Jadi, tengahari tadi keluar mencari tomyam (ajak *ehem-ehem* dia sibuk la pulak, pi keluar sorang sajalah).

Menu orang demam - tomyam ayam, ayam masak merah, nasi putih.

Kat Bintulu ni ada beberapa restoran yang menjual masakan ala Thai (nak cari gerai-gerai macam kat Penang sori la), ada yang sedap dan ada yang hampeh dan aku taknak cerita yang hampeh. Restoran Selera Kampung antara restoran kat Bintulu ni yang menyediakan masakan tomyam yang sedap (mengikut standard aku). Btw, Restoran Selera Kampung kat Bintulu ni ada tiga cawangan - satu kat area Jalan Masjid old town Bintulu, satu kat area Parkcity dan yang aku pi ni kat area Medan dekat dengan Tabung Haji (tak payah cerita la, bukannya korang tau pun hahaha).

Kegemaran tatkala semua selera hilang - tomyam ayam.

Ayam masak merah (ekstra pedas).

Kopi C special.
(sama seperti teh C special)

Yang pastinya selepas menikmati hidangan pedas ni, habis badan berpeluh... Hahaha!~ Itulah nikmat layan tomyam tatkala demam ;) Sebenarnya tadak idea nak buat entri apa hari ni, bila demam semua mood hilang...

_____
Ada apa: Apa lagi? 'Mamam' la...

Raider Of The Lost Cassettes (Part 5)


Khas buat saudara Mus Speedrider, semua kaset-kaset Wings dan Sofea yang hang suruh aku borong habis-habisan sudah diposlajukan dalam pukul 10.00 pagi tadi, dijangka sampai Butterworth pagi atau tengahari esok.

Sebelum pos, sempat snap gambar, borang poslaju ni banyak kat opis aku.
(Dah macam bisnes eBay la pulak aku ni)

Sekali-sekala buat kerja gila menyelongkar stok kaset-kaset lama kat kedai kaset/CD best jugak. Rasanya aku nak stop raiding untuk sementara waktu disebabkan semua kedai-kedai kaset kat area bandar Bintulu ni (yang aku tau la) aku dah raid. Nanti kalau aku ronda-ronda kat bandar/pekan lain kat Bumi Kenyalang ni, ada peluang cuba-cuba raid kedai kaset/CD lagi hehehe...

Berikut antara kaset-kaset yang tak berjaya masuk dalam empat entri aku yang lepas...

Natalie Portman Imbruglia - Left Of The Middle, aku dah ada versi CD.

Coolio Wannabe, ditujukan khas buat AyuChokiChoki.
(Aku tau ko dulu minat mamat ni)

Kepala motor... Dah lama aku tak layan Motorhead.

Hahaha... Ada sapa-sapa berminat? Aww~ Racun!

Yang ni macam kaset versi lama, jangan-jangan first pressing kot?

Petang tadi waktu aku pi kat Sun Yun belikan kaset untuk Takilala, aku ada nampak kaset Wings album Belenggu Irama dan Biru Mata Hitamku (tapi tadak Hukum Karma) kembali naik kat rak menggantikan kaset-kaset yang aku beli semalam. Jadi, kepada member-member bloggers yang rasa-rasa nak beli dua kaset ni, sila tinggalkan mesej.

Edited 30/1/2010 - Pesanan Khidmat Masyarakat Bloggers

Malam tadi aku dengar berita radio (aku dah jarang tengok TV) yang adukantahapanamanya yang menghina almarhum sultan Johor dalam blog sudah dihadapkan ke mahkamah... didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998... mengaku tidak bersalah... bla bla bla... diikat jamin entah berapa ribu... kes disebut semula bulan Mac nanti... Ah~ nanti ada la tu keluar berita kat suratkhabar pagi nanti, atau kat Internet, radio dan TV.

[Edited 30/1/2010 12.00 tengahari - Berita sudah keluar kat The Star dan Utusan]

Moral of the story: Nak kutuk orang pun berpada-padalah. Yang hang pi kutuk hina orang melampau-lampau (kehidupan seorang bloggers yang terlampau) dalam blog buat apa? Dahlah yang hang pi kutuk hina tu bukan orang biasa, almarhum pulak tu. Cubalah buat entri blog yang happy - contoh; cerita pasal masak-memasak ke, menjahit ke, memancing ke, jamming ke, gitar baru ke, review CD/kaset ke dan apa-apa berkaitan dengan hobi. Pastinya bloggers happy, followers/readers pun happy, komen-komen pun happy... I like it, you like, we like it too~

_____
Ada apa: Btw, sebelum aku lupa... Kepada Takilala, mission accomplished...

Raider Of The Lost Cassettes (Part 4)


Tengahari tadi waktu lunch hour aku pi semula ke kedai Sun Yun Music House, nak borong kaset-kaset Wings yang dipesan oleh Mus Speedrider (RM15.00 x 3 kaset = RM45.00). Sempat lagi aku snap beberapa kaset yang agak rare...

Search - Rock 'N' Roll Pie.
(Takilala - ko sudah ada kaset ni kah?)

Search - Gema Di Timur Jauh.

Search - Rockestra.

Rusty Blade - Awas! (remastered edition).

Sebelah petang waktu lepas balik kerja, aku ronda lagi kedai-kedai kat area old town Bintulu. Aku singgah satu kedai ni, dah lupa apa nama kedai ni. Tapi memang tak best pun sebab kat dalam ni cuma jual CD/VCD/DVD cap lanun. Yang ada ori pun semua VCD muvi-muvi hits 80-90an dulu (macam VCD stok kat Speedy Video).

Yang tak bestnya, CD audio cap lanun dorang bungkus elok-elok bagi jewel case, sealed dengan plastik lepas tu jual dengan harga RM19.90! Letak kat showcase depan kedai lagi tu!

Kemudian aku pi seberang jalan daripada kedai tadi, menuju City Point.

Target pertama, Chin Chin Music Centre (tingkat bawah) tempat aku beli DVD Chaos Ridden Years. Yang tak best kedai ni, aku pi mana-mana mesti ada orang yang ikut. Padahal aku belek-belek VCD belajar gitar arwah Samad yang memang betul-betul depan kaunter... Aku paling tak suka kalau kedai jenis macam ni.

Nah! Area kaset-kaset... Mahal nak mampus RM19.90! Sapa nak beli mahal-mahal macam ni? Kalau zaman 90an dulu okela jugak jual harga asal. Aku ada jumpa beberapa kaset Megadeth, antaranya Risk dan Capitol Punishment yang memang aku dah ada kedua-dua versi kaset dan CD.

Target raid seterusnya... Ntah apa nama kedai ni, signboard tulis "Music Centre", kat price tag kaset/CD tulis "welcome, thank you". Tapi sekurang-kurangnya kedai tak macam Chin Chin tadi, pekerjanya cuma perhatikan aku dari jauh sahaja. Mesti dia hairan "gila apa mamat ni? Abis semua CD/VCD dibelek-belek tanpa rasa jemu".

Yang ni semua CD lagu-lagu kompilasi yang baru, bukan rare CD... Aku dari tahun lepas nak beli koleksi Alleycats tu tapi tiap kali nak beli mesti terbeli CD lain hahaha... Btw, VCD Teori Domino Revisited aku beli kat kedai ni .

Kat area VCD aku jumpa dua VCD menarik daripada Wings... Hukum Karma (ni mesti karaoke ni) dan Alive 2006 @ Orange Club. Dah lama aku nak beli Alive 2006 ni, mula-mula nak beli versi CD tapi better aku beli versi VCD memandangkan album ni album live, bleh layan konsert malam nanti!

Target seterusnya, Chin Chin Music Centre (tingkat 2). Yang kat tingkat 2 ni oke sikit berbanding kat tingkat bawah tadi. Tauke kedai ni dah tau aku selalu beli DVD kat kedainya, antara DVD yang aku beli kat sini - Guitar Techniques Of Metallica, One Crimson Night dan Blood On The Water.

Kaset-kaset kat kedai ni semua dah kena longgok kat satu penjuru dah dilelong dengan harga RM5.00 per kaset. Tapi memandangkan diorang dah longgok macam ni, malas la aku nak selongkar... Lagipun kebanyakkan yang aku nampak semuanya album-album pop/dance/country mat salleh (tapi tak tau la kat area bawah-bawah).

Rasa-rasa dah lewat, aku pun macam dah malas nak raid gila-gila petang ni... Jadi cuma VCD Wings Alive 2006 @ Orange Club saja yang aku beli. Lepas ni nak pi belikan kaset Puisi Aidilfitri kat untuk Mus Speedrider kat kedai semalam.

To be continued...

_____

Dalam beberapa hari aku raiding kedai-kedai kaset/CD sekitar area Bintulu ni, berikut adalah hasil-hasilnya...

Kecuali Rude Awakening dan M. Nasir Solo, semua kaset-kaset Sofea dan Wings aku belikan untuk Mus Speedrider, malam tadi dia suruh aku borong gila-gila kaset-kaset Sofea dan Wings (katanya dia ni bukan peminat tegar Wings dan tak pandai nyanyi atau main gitar lagu-lagu Wings, selalu lupa lirik... Yeah right!)

_____
Ada apa: Aku beli M. Nasir Solo tu sebab teringat kaset yang abang aku beli 21 tahun yang lepas, memang kaset ni pun first pressing (c) 1989 BMG Pacific Sdn. Bhd. Rare beb!

Raider Of The Lost Cassettes (Part 3)


Kali ni aku raid kedai kaset kat area old town Bintulu, Sun Yun Music House. Tempat aku beli CD Ella - 30110 dan Fenomena Rock Klasik - Illusi dulu.

Ada ciri-ciri gambar boleh masuk dalam entri Gi Kedai - Deaf_Angel tak? Hehehe... Memang ghetto abis. Sampai-sampai je tauke kedai tanya nak cari CD/kaset apa? Dengan selamba aku jawab Wings, dia pun tolong-tolong carikan... Sementera tauke tu tolong-tolong carikan, aku sibuk snap gambar-gambar kaset (dengan SE K618i aku). Enjoy the pics!

Saturnine! Lama aku tak dengar lagu band ni.

Nah sapa yang minat ACAB tu? mhagnoth?
Macam mana nak sebut nama hang ni?

Vocirefation Eternity! Hahaha... Aku dari dulu selalu salah sebut

Bumi Putra Rockers - Selamat Pagi Malaysia, versi remastered.

Bumi Putra Rockers - Kelab Jiwa Duka, versi remastered.

Tengah sibuk-sibuk snap gambar-gambar kaset, tiba-tiba tauke tadi datang bawa beberapa keping kaset Wings, tiga daripadanya menarik perhatian aku. Ni dia...

Biru Mata Hitamku beb!

Hukum Karma? Damn!

WTF? Belenggu Irama!

Tapi kedai ni jual kaset dengan harga asal walaupun dah kaset tu dah berhabuk dan pudar (tapi masih sealed), tak macam Starcity Electronics Shop yang jual kaset-kaset dengan harga RM9.00-12.90 (stock clearance kot?). Aku tanya, kalau aku beli tiga-tiga kaset Wings ni berapa boleh kurang? Dia jawab RM15.00 per kaset, so RM45.00 la... (kalau CD tadi kompom aku beli terus).

Jadi, amacam Speedrider? Berkenan? Kalau berkenan dengan harga RM45.00 nanti kita boleh arrange deal. Kaset-kaset Wings yang lain kebanyakkannya kompilasi keluaran tak rasmi (non-official compilation release).

Yang dalam kotak ni pulak, aku panggil "Kotak VSP" sebab hampir 90% kaset-kaset dalam ni merupakan kaset-kaset keluaran VSP. Aku tanya tauke tu kenapa kaset-kaset ni diasingkan dalam kotak? Dia jawab dulu zaman isu black metal tengah hangat, dia asingkan semua album-album black metal masuk dalam kotak ni... Kenapa? Rasanya aku boleh agak kenapa, korang pun pikir-pikirlah sendiri kenapa...

Sekarang, kaset-kaset ni dah tak laku. Dia kata kalau aku berminat dia jual RM5.00 per kaset. Fuiyoh! Ini sudah bagus... Mari kita selongkar!

Suffercation dan Morbid Angel, album apa? Ntah...

Sodom - Agent Orange.

Rage - 10 Years In Rage. The Anniversary Album.

At The Gates - Terminal Spirit errr... ntah.

Carcass beb! Album Heartwork.

Hmmm... Aku snap banyak-banyak gambar ni takkan tak beli kot? Hehehe... Memang aku tak beli apa-apa kaset pun. Tapi untuk tidak menghampakan tauke kedai tu, aku belek-belek area CD... Dan terjumpa CD ni, tak banyak cakap aku terus beli!

The Best Of - Bumi Putra Rockers @ RM21.00

Tauke tu tak nak bagi kurang walaupun RM1.00 huh! Taik idung masin Kedekut! [edited: ORIAJ tak paham peribahasa]. Nanti ada kesempatan aku buat entri lain. Jadi, kepada geng-geng bloggers? Ada berminat dengan kaset-kaset sessi raid aku kali ni? Dan kepada Speedrider, hang bernasib baik sebab aku la ni tak kumpui kaset, kalau tak memang aku dah rembat kaset-kaset Wings tadi buat koleksi peribadi. Hehehe... BTW, semua kaset-kaset tadi masih lagi sealed (ada yang seal dah mula mereput).

To be continued...

_____
Ada apa: Patutlah tauke tu tak nak bagi kurang, sebab album kompilasi BPR tu baru release tahun lepas 2009.

Raider Of The Lost Cassettes (Part 2)


(Sambungan dari entri yang lepas) Kat area artis antarabangsa pulak tak banyak yang best, kebanyakkannya lagu-lagu band boy Boyzone, N'Sync, 98 Degrees (Jairo suka 98 Degrees ni), oldies, country, soundtrack dan beberapa kaset rock/metal. Aku cuma tertarik dengan tiga kaset ni sahaja...

Megadeth - Rude Awakening double cassettes
(yang ni aku beli RM17.00, ada masa aku buat entri lain)

Dance Of Death - aku dah ada versi CD, jadi boleh diabaikan.

Hear In The New Frontier - projek CD bundle akan datang.

Hujung minggu ni kebarangkalian besar aku nak pi Miri. Speedrider, kalau aku jumpa CD album-album Wings yang hang nak tu nanti aku SMS. Errr... Pakcik Kordi nak Rampage tak?

To be continued...

_____
Ada apa: Nanti nak raid kedai kaset/CD lain kat Bintulu ni...

Raider Of The Lost Cassettes


Dipendekkan cerita, petang tadi lepas balik kerja aku pi ronda-ronda kat kedai-kedai area Tanjung Batu, Bintulu. Termasuklah kedai ni... Starcity Electronics Shop.

Kat dalam area CD tak banyak yang best sebab kebanyakkannya VCD karaoke (hampeh), lepas tu aku selak-selak area kaset, terjumpa beberapa kaset yang agak menarik perhatian...

4U2C - Kembalilah Fiona. Khas ditujukan buat AyuChokiChoki.
(Hahaha... Ntah zaman 4U2C top dia baru darjah berapa eh?)

Untuk rockers otai

Eh? Mr. Barbarik
[edited 27/1/2010: petang tadi aku dah belikan kaset ni untuk Speedrider]

Puisi Aidilfitri pun ada.
[Edited 27/1/2010: Muspeed, aku macam tak sedap hati dengan kaset ni, macam ada "samtingrong" sebab tu aku tak jadi belikan untuk hang]

Album ni sezaman dengan lebih tua (1989) daripada album Teori Domino.
[edited 27/1/2010: kaset ni pun aku dah beli petang tadi untuk koleksi peribadi]

Pun sezaman dengan kaset M. Nasir kat atas tadi.

Kompilasi lagu-lagu best daripada Medicine.

Pun album kompilasi lagu-lagu hits Medicine.

Kompilasi Headwind la pulak.

Hahaha... Kembara pun ada.

Bumiputra Rockers - Semangat Melayu beb! Rare item ni...

Ni lagi rare... Sofea - Mimpi Dan Airmata.
[edited 27/1/2010: petang tadi aku dah belikan kaset ni untuk Speedrider]

Rarest of all... Sofea - Anak Liar muahahaha! (Wild Child WASP).
Dulu kecik-kecik Alexi Laiho gemar dengar lagu Anak Liar ni.
[edited 27/1/2010: petang tadi aku dah belikan kaset ni untuk Speedrider]

Last but not least... Istimewa buat Abang Ben, Takilala, Jairo and seasoned metalhead bloggers. Behold! The dreaded Panggilan Pulau Puaka!

Ntah yang ni PPP yang keberapa, aku tak sempat baca info.
[edited 27/1/2010: yang ni Panggilan Pulau Puaka Paling Puaka, keluaran 2002]
(Takilala - Manggas masuk PPP berapa?)

Kalau aku ada cassette player, pastinya aku dah beli beberapa kaset tadi (bukan semualah) sebab nak cari versi CD memang susah, terutama album-album tahun 80an dan awal 90an (berkebarangkalian besar tak dikeluarkan dalam bentuk CD).

Kesemua kaset-kaset tadi masih lagi sealed (walaupun plastik sealed tu dah mula reput) dan dijual dengan harga antara RM9.00 hingga RM12.90 seunit (ori ye). Kalau beli bundle banyak-banyak maybe boleh dapat kurang lagi kot? Ada sapa-sapa yang berminat?

To be continued...

_____
Ada apa: Kalaulah album-album tu ada dalam versi CD...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger