_____
AADI: Harga ES-335 tu sama pula dengan DG-335, adeh...
Wordless Wednesday: Gibphone Bliss
oleh Ijau D. Koceng 24 April 2024 pada 6:00 AM 2 komen:Ditto AVEM
oleh Ijau D. Koceng 20 April 2024 pada 6:00 AM 0 commentsPedal pertama untuk 2024, TC Electronic Ditto Stereo Looper antara pedal yang telah diintai sejak tahun lepas, baru tergerak hati untuk menarik picu.
Pedal-pedal TCE sememangnya sudahpun semakin murah selepas bernaung di bawah Music Tribe (geng Behringer). Tapi bila AV Electronics Marketing (AVEM) mengiklankan *clearance 50% untuk pedal-pedal TC Electronic terpilih, harganya kini semurah pedal-pedal Behringer plastik tu. Terus masuk bakul!
Fungsinya tak perlulah aku cerita, akupun dalam proses belajar guna pedal looper. Antara sebab aku laburkan untuk seketul pedal looper eksklusif berbanding menggunakan yang built-in dalam multi-fx (contoh Zoom G1X Four).
Pedal ini memiliki kelemahan yang sama seperti pedal Polytune dan Sentry, kalau guna bateri 9V memang cepat habis tak sampai dua jam. Disarankan guna adapter.
*Jika diskaun masih ada, mungkin bulan dengan mengintai Helix Phaser pula.
_____
AADI: Dah enam pedal TCE dalam koleksi.
Wordless Wednesday: Gibphone
oleh Ijau D. Koceng 17 April 2024 pada 6:00 AM 0 commentsRumah Kampung
oleh Ijau D. Koceng 08 April 2024 pada 6:00 AM 1 commentMendiami rumah ini sejak 1989, mula ditinggal-tinggalkan pada 1997-2001 ketika bergelar siswa USM, 2002-2006 sambung kerja di Penang dan 2006 hingga kini kerana bekerja dan bermastautin di Bintulu. Hanya balik kampung waktu cuti sekolah dan perayaan, biasanya setahun 2-3 kali. Paling lama ditinggalkan waktu PKP dulu selama 30 bulan tak dapat balik.
Baru sampai beberapa hari lepas bersempena cuti raya. Tapi kali ini agak sugul kerana tiada lagi insan yang duduk di tangga menanti kepulangan kami. Rumah ini pun jarang-jarang ada penghuni, hanya dilawat setiap petang oleh kakak aku (ibu Aizuddin Madani) yang tinggal 2-3 blok tak jauh dari rumah ini. Kini giliran kami untuk menghidupkan suasana raya rumah ini sebelum kakak aku yang seorang lagi tiba dari Lahad Datu bersama keluarganya.
Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI. Rehat berblog dulu beberapa hari, healing-healing...
_____
AADI: "Bonda, akhirnya terbongkar jua rahsia..."
Wordless Wednesday: Kit Kat Ketupat Pandan
oleh Ijau D. Koceng 03 April 2024 pada 6:00 AM 0 commentsEntri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Atas faktor sukan tinju , kembali memakai kanta sesentuh (contact lens). Pandangan yang kabur merupakan kekangan setiap kali sessi latihan, ...
-
Setelah sepuluh tahun dengan nilai RM7.00, tahun ini kadar zakat fitrah untuk negeri Sarawak bernilai RM7.50 pula, naik 50 sen sahaja tatka...
-
Mendiami rumah ini sejak 1989, mula ditinggal-tinggalkan pada 1997-2001 ketika bergelar siswa USM , 2002-2006 sambung kerja di Penang dan 20...
-
View this post on Instagram A post shared by Epiphone (@epiphone) View this post on Instagram A p...
-
_____ AADI: Harga ES-335 tu sama pula dengan DG-335 , adeh...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-