Menambah Distorsi


Satu lagi pedal yang diperolehi dengan kaedah pertukaran (trade) melalui perantaraan Facebook Jamtank, iaitu MXR M104 Distortion+ yang ditukar dengan Zoom MS-50G (dalam proses menyingkirkan pedal yang tidak digunakan).


Sebenarnya aku sedang mencari MXR M78 Custom Badass '78 Distortion terpakai di Jamtank, tapi kebetulan pula ada yang ingin melepaskan M104 tukar dengan MS-50G/70CDR. Tapi tak mengapa (parap-parap), dari segi nilai M104 ni tak jauh beza daripada M78. Lagipun aku pernah terGAS pedal kuning lagenda ni.


Sebagai pedal tunggul, bunyi distorsinya agak menyakitkan hati, bunyi distorsi Boss DS-1 jauh lebih bagus berbanding pedal ni. Tapi apabila digunakan sebagai booster untuk overdrive/dirty channel sesebuah amp (contohnya HT-5RH), di sinilah ia menyerlah. Bunyi distorsi amp akan menjadi lebih tepu. Hence, the name Distortion+ (adding more distortion?). Personal setting; full OUTPUT, 9-12 o'clock DISTORTION.

Secara rasminya ini merupakan pedal berjenama MXR aku yang pertama. Akan mencuba nasib dengan pedal MXR yang lain...

_____
Ada apa: For those 80s rock and NWOBHM sound.

theGUITARaddict! (Part 8)


Semalam menerima surat (ya surat) bersetem Singapura, diterima daripada saudara "penagih gitar" kita dari Bandar Singa, subversion.sg (aka Bro Sub).


Berisi beberapa keping pick gitar pelbagai jenama. Ia merupakan kesinambungan daripada entri blog theGUITARaddict beberapa minggu lepas.


Dalam banyak-banyak pick tadi, empat pick ni menarik perhatian dari segi bentuk, warna dan grafik (especially that Marvel's Ghost Rider).


Dan "hero of the day" merupakan sekeping pick berjenama Gravity, siri Sunrise dengan ketebalan .90 mm untuk dijadikan bahan eksperimen penggunaan pick tempahan khas (custom order).

Pendapat? Permukaan yang luas, serta tulisan yang timbul (embossed) membuatkan ia lebih senang dipegang. Dan bucu yang tajam sesuai untuk petikan persis (precise picking). Teringat pick custom Nonuz The Ego yang pernah menjadi pick kegemaran aku beberapa tahun lepas.

Terima kasih sekali lagi kepada Bro Sub.

_____
Ada apa: Pick kegemaran semasa, Dunlop Jazz III Max-Grip.

Wordless Wednesday: Radio Kaset




_____
Ada apa: Akhirnya, dah boleh pasang kaset, hahaha...

T-Shirt Wrestling


T-Shirt yang dihantar melalui GDex ni bukannya dibeli, tetapi ditebus (redeemed) menggunakan mata bonus di Astro Circle (macam BonusLink lah~).


Mata bonus aku adalah sekitar 1500+, pada mulanya aku nak tebus dengan melanggan Astro Best Star Wars dengan 1050 mata, tapi macam tak berbaloi pula sebab hanya sekali guna.

Made in El Salvador.
Kemudian aku cuba selongkar katalog dan terjumpa t-shirt WWE dalam seksyen channel merchandise. Dulu aku menang gila layan gusti, tapi sejak 2010 dah berhenti, sekarang sudah tidak thrill seperti zaman "Attitude" WWF (F ketika itu) penghujung 90an hingga awal 2000an.


Dengan 1100 mata aku boleh dapat t-shirt John Cena Never Give Up (pilih sebab warna hijau, aku tak berapa minat pun dengan Cena ni). Ada lagi beberapa t-shirt WWE lain, tapi *warna tak menarik dan memang diskriminasi saiz (M, L).


Katanya neon, adakah ia glow in dark atau fluorescence macam tali DR String Neon? Yang ni pun nasib baik saiz XL American, kalau saiz XL Asian memang tak muat. Oklah sekurang-kurangnya sesuai dipakai untuk bersosial berbanding t-shirt tengkorak.

_____
Ada apa: *Rasa menyesal pula tak pilih t-shirt Austin 3:16 klasik.

Moody Monday: Tak Habis Lagi Ke Cerita Ni?


Quantum Leap wannabe... DVD ni pun terbeli sebab hype Tun Dr. Mahathir.


Malas nak buat ulasan, tapi dari segi konsep dan jalan cerita memang berkesan. Pemilihan barisan pelakon pun bagus. Cuma secara keseluruhan mengikut selera dan pendapat aku, filem ini hanya pada tahap telemovie sahaja berbanding filem layar perak.

Tapi ending filem ni memang epik, seperti tajuk entri ni.

_____
Ada apa: Moody sikit, tak kerja sebab Ijau Jr. demam.

Antara Boss OD-3 Dan Nonuz


Satu lagi(?) pedal stompbox berjenama Boss diperolehi iaitu OD-3 Over Drive, kali ni daripada Nonuz The Ego. Ia tidak dibeli, tetapi diperolehi melalui proses pertukaran (trade) dengan dua buah pikap DiMarzio dalam stok peribadi yang tidak digunakan.


Cuma yang kurang seronok, nilai trade barang-barang yang ditawarkan masih pada harga runcit sedangkan barang yang aku tawarkan adalah pada harga clearance *sigh~*. Tapi tak mengapa (parap-parap), asalkan dapat tukar barang yang tidak digunakan dengan barang yang diperlukan.


Selain OD-3, terdapat beberapa komponen alat ganti dan elektronik kegitaran lain dipesan (dalam kotak D'Addario) untuk mencukupkan nilai trade.


Antaranya, dua set tali gitar D'Addario EXL120 (saiz 9-42), dua unit Switchcraft stereo output jack, dua unit 25k pot dan seunit 500k push-pull pot. Sticker tu iklan sahaja... Seperti biasa, komponen tadi adalah stok untuk projek naiktaraf/baikpulih gitar sendiri mahupun gitar rakan-rakan pada masa akan datang.

OD-3 ni akan digunakan sebagai booster untuk HT-5RH untuk mendapatkan bunyi distortion yang lebih tepu menggantikan East River Drive yang telah dijual. Nampaknya beranak-pinak lagi pedal Boss aku...

_____
Ada apa: Apa beza antara OD-3 dan SD-1?

DS-2 Vs SC-2


Boss DS-2 Turbo Distortion - Satu lagi perolehan pedal stompbox berjenama Boss secara impromptu. Ini merupakan unit terpakai (used) diperolehi dengan harga 50% harga runcit daripada seorang rakan Facebook (yang juga merupakan pembaca/pengikut setia blog AADI) melalui perantaraan Jamtank.


Tanpa kotak asal dan manual, kondisi kosmetiknya boleh dikatakan 8/10 tapi fungsi masih 10/10. Sebelum ini aku pernah terGAS untuk mendapatkan DS-2, tapi berubah angin mendapatkan MD-2 pula dengan alasan aku sudahpun memiliki DS-1.


Tapi ternyata bunyi DS-2 jauh berbeza dengan DS-1, agak kasar, lebih-lebih lagi bunyi Mode II yang tinggi midrange seakan-akan bunyi HardWire SC-2, sesuai untuk genre NWOBHM dan 80s rock yang selalu dimainkan.


DS-2 dan SC-2 ni kedua-duanya dapat mengemulasi bunyi signature pada HT-5RH, oleh itu ia dijadikan sebagai distortion utama aku semasa gig (atau BOTB?) dan semasa sessi jamming jika malas nak angkut amp. Berbanding SC-2, DS-2 ni lebih sesuai kerana boleh muat dalam pedalboard BCB-30, my minimalist "all-Boss" themed gigrig. Akan dicuba semasa sessi kedua jamming Master Of Kapit esok.

Dengan adanya DS-2, maka SC-2 dan DS-1 direhatkan.

_____
Ada apa: Untuk bunyi metal? Masih ada Metal Muff.

Wordless Wednesday: Wanna Play Fallout 4?



Source: Bethesda Support Center.
_____
Ada apa: #Jilake, bagus beli konsol terus daripada upgrade PC semata-mata nak main Fallout 4.

Sessi Jamming Master Of Kapit


Sabtu 10/10/2015 - Sessi jamming yang agak impromptu, kes kesian dengan si Korawk yang selalu tak kena masa (bad timing) bila diajak jamming. Lokasi? Hepi;) makeshift studio (HMS). Rasanya kali terakhir Korawk ikut jamming hampir setahun yang lepas.


Sessi kali ni menjadi platform untuk Korawk mencuba rig terbarunya iaitu LTD EC-256 (eh?), Digitech Death Metal (eh?) dan Peavey Studio 112.


Juga sebagai sessi persediaan untuk rombakan line-up, selepas ini Korawk akan menggalas tugas sebagai vokalis untuk lagu-lagu cover Meta-licak (Master Of Kapit, Keruping Death). Adi Herman tidak dapat turut serta kerana kekangan masa, jadi sessi kali ni tiada pemain bass.


Drumset Bob Kandar yang telah diperkukuhkan dengan sedikit modifikasi, lepas ini mungkin akan berubah warna dan kulit.


Akupun tidak terkecuali untuk memandu-uji Korina yang telah dipasang dengan set EMG 81/60 beberapa hari sebelumnya. Hanya menggunakan Pod HD300 yang disambung terus ke PA system.


Azrul seperti biasa dengan rig yang optimum, his trusty Cort X-11, Zoom G7.1ut dan Vox VT40+ (tiada dalam gambar).

Serius, bukan senang nak vokal sambil main gitar, lagi-lagi kalau tak hafal lirik. Inilah situasi yang dihadapi oleh Korawk. Hahaha... Bro, lain kali bawalah lirik, tak ada masalah baca lirik semasa jamming. Lainlah kalau baca lirik semasa gig, yang itu memang epik! Mungkin boleh diperhalusi pada sessi yang akan datang.

_____
Ada apa: Tak dapat jamming lama-lama, "curfew" aku dah diawalkan kepada pukul 5.00 petang.

Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree? (Part 4)


Selalunya pagi Isnin tak ada idea nak buat entri, tapi nasib baik ada banyak gambar minuman dah simpan dalam draft sebelum bulan puasa hari tu, boleh juga buat filler/cover.


Ok, satu lagi minuman jus F&N Fruit Tree yang sudah dicuba, apple aloe. Sama seperti perisa orange aloe dalam entri minggu lepas, perisa apple aloe ni juga mengandungi kiub-kiub kecil isi aloe vera yang seakan-akan nata de coco. Ini membuatkan pengalaman minum anda lebih menarik.

_____
Ada apa: Buat entri sambil minum Alicafe Latte.

Transporting The Bosses


Bungkusan FedEx beralamat dari Bandar Singa diterima minggu lepas. Benda ni dipesan melalui website Swee Lee, berbekalkan dana-dana hadiah tempat ketiga BOTB (setelah dibahagi empat) beberapa minggu lepas. Sekurang-kurangnya bila dibelikan benda, ada kenang-kenangan, berbanding habis macam tu sahaja. Eh? Dah ke laut pulak~

Isinya ialah sebuah pedal board Boss BCB-30. Sebenarnya dah lama aku terGAS benda ni, tapi disebabkan harganya (ketika itu) yang kurang kompetetif, lebih baik aku dapatkan Pedaltrain-Nano.


Kenapa beli dari Singapura? Kerana harganya, walaupun ia dibeli ketika nilai ringgit rendah (SGD1 = ~MYR3) tetapi harganya termasuk penghantaran masih jauh lebih murah berbanding harga di Malaysia. Kenapa tak tunggu ringgit naik? Sebab perenggan pertama tadi.


Sekali imbas nampak macam peti/kotak tempat menyimpan powered tools (drill, grinder, etc.), materialnya pun sama, plastik jenis tahan lasak.

Boleh memuatkan tiga buah pedal stompbox Boss tanpa perlu dilekatkan velcro. Ya, eksklusif untuk Boss sahaja, aku dah cuba Zoom MS-50G dan Digitech Bass Squeeze memang tak muat, apatah lagi SC-2 yang lebih lebar. Behringer atau Beta Aivin aku tak pasti... Tapi tak mengapa (parap-parap), sejak tahun lepas aku dah mula suka dengan pedal stompbox jenama Boss, pedal jenama lain banyak dah aku let-go, only Boss should stay, chewah~


Pedal board ini disertakan dengan dua unit patch cable dan seunit daisy-chain cable, tapi tidak disertakan dengan AC adapter tidak seperti abangnya BCB-60.


Tapi tak mengapa (parap-parap lagi) aku dah ada adapter Roland/Boss PSA-230 yang diperolehi bersama-sama CS-3 beberapa bulan lepas. Adapter ni boleh membekalkan kuasa kepada 5-6 buah pedal stompbox Boss, dah kira cukup dah tu.


Walaupun hanya memuatkan tiga buah pedal, tapi bagi aku tiga pedal dah cukup untuk sessi rehearsal dan gig (atau BOTB hehehe), lebih grab-and-go berbanding Pedaltrain-Nano. Pedal apa yang akan diguna? Bergantung kepada situasi dan muzik yang dimainkan. Biasanya aku cuma perlukan distortion DS-1 (atau MD-2), chorus CH-1 dan delay DD-3. Sedikit ruang yang ada boleh menempatkan adapter, pick tambahan dan clip-on tuner.

_____
Ada apa: Teringin nak guna BC-2 atau ST-2 sebagai distortion utama.

Iron Maiden - The Book Of Souls (Deluxe Edition)


Akhirnya album The Book Of Souls dalam bentuk fizikal (versi audio CD) berjaya dimiliki. Setelah hampir sebulan hanya berbekalkan versi mp3 siput sedut untuk sessi pra-dengar (kes tak tahan godaan). Beberapa perenggan dalam entri ni pun sebenarnya telah ditaip (draft) semasa mendengar versi sedut tadi.


Album kali ni agak berbeza berbanding album-album sebelumnya. Ia berlabel Parlophone dan bukannya EMI lagi. Sebab itu (setakat ini) belum ada lagi versi cetakan Malaysia menyebabkan ia agak sukar diperolehi. Yang ada hanyalah versi deluxe diimport oleh Warner Music, itupun selalu sold-out.

Nasib baiklah Radin Music Centre (Batu Pahat) ada memesan batch kedua, dapatlah aku menyelit, hehehe... Diperolehi dengan harga RM59 (excluding post), kira masih logik dan mampu milik untuk versi deluxe berbanding sesetengah premis yang aku dengar mencecah harga RM80-100! Nanti kalau dah ada versi cetakan Malaysia beli lagi, apa susah? :)

Kalau nak ulas setiap lagu pun rasanya tak perlulah, rakan-rakan bloggers lain dah buat ulasan yang lebih terperinci, boleh singgah dan baca versi Deaf Di Halaman Rindu dan Rafi Xyrus.


Ada beberapa perkara yang aku perasan (setakat ini, akan ditambah lagi kelak) agak berbeza/unik untuk album kali ni, antaranya:
  1. Seperti perenggan kedua tadi, under Parlophone instead of EMI (dah habis kontrak kot?).
  2. Pakcik-pakcik ni sengaja atau buang tebiat buat lagu panjang-panjang? Hahaha... Tapi lepas baca segala ulasan dan temuramah, nampaknya mereka sebenarnya TERlajak...
  3. Cover art yang ringkas berbanding 15 album sebelumnya. I like!
  4. Lagu If Eternity Should Fail dimainkan pada talaan drop-D, suatu yang agak janggal untuk lagu-lagu Maiden yang biasanya pada talaan standard. Tapi selepas membaca komen Deaf dalam entri Rafi, tak hairanlah sebab Bruce Dickinson memang suka lagu-lagu dalam talaan drop-D untuk album solonya.
  5. Ada tiga lagu yang tajuknya (tajuk sahaja) seakan-akan tajuk lagu Bruce Dickinson solo - The Book Of Souls (Book Of Thel), The Man Of Sorrows (Man Of Sorrows) dan Tears Of A Clown (Tears Of The Dragon). Macam kes lagu The Alchemist dan The Wicker Man sebelum ini.
  6. Bruce Dickinson main piano untuk lagu Empire Of The Clouds, sebelum ini kalau bab-bab synth/keyboards biasanya dimainkan oleh Michael Kenney (yang juga merupakan bass-tech Steve Harris).
  7. Sekali imbas, grafik pada disc 1 dan disc 2 hampir serupa (isu dibangkitkan oleh Portdy), tapi kalau dibandingkan ada beberapa perbezaan - yang aku perasan, disc 2 ada imej Red Baron dan R101.

Tapi jika disuruh pilih satu sahaja lagu kegemaran dalam album ni, aku akan pilih The Red And The Black, sebab lagu ni lebih progresif dan memang enjoy. Dalam durasi 13:33 minit rasanya 4-5 kali berubah riff, lick dan beat. Agak mencabar rasanya jika dimainkan secara live berbanding Empire Of The Clouds.

Bermula dengan intro bass ala gitar Flamenco terus masuk riff ala Genghis Khan dan selebihnya heaven... Bab solo pula memang overdose, ada empat kali solo - H (6:44), Gers (7:14), Murray (7:32) dan H sekali lagi tanpa wah-wah (8:38). Diakhiri dengan outro bass Flamenco lagi sekali.


Album yang boleh aku kategorikan "super album" kerana hampir semua lagu seronok didengar walaupun panjang, dua lagu yang boleh aku tolak ialah The Great Unknown dan Death Or Glory. Mungkin mendengar mp3 sedut tiap-tiap hari menjadi satu daripada faktor. Dan pendapat aku, lagu-lagu dalam album ni lebih mudah dihadam berbanding dua album sebelumnya (TFF dan AMOLAD).


Jika ini merupakan album terakhir Iron Maiden sebelum mereka pencen pun dah tak mengapa (parap-parap) kerana ia merupakan sebuah karya agung (masterpiece) yang epik, sama seperti R101. World tour 2016? Singapura tak dapat aku nak turun lagi kali ni, tapi alangkah bagusnya kalau KL tersenarai (hopefully).

Metuk Ulau Project nak cover lagu daripada album ni? Rasanya cuma dua lagu sahaja yang mungkin berani boleh dicuba - Speed Of Light dan Tears Of A Clown.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Tunggu ulasan versi Berteromber dan Portdy lagi.

Wordless Wednesday: Disc 1 Vs Disc 2




_____
Ada apa: Siapa yang dah beli, mari senaraikan perbezaan.

Megadeth - Th1rt3en


Kononnya hari ni nak post entri The Book Of Souls yang diterima bersama-sama dengan album ni melalui Radin Music Centre (Batu Pahat). Tapi kebetulan tarikh hari ni 13hb, ada baiknya buat entri pasal album studio ke-13 Megadeth dengan tajuk yang menjengkelkan untuk ditaip - Th1rt3en.


Aku tak pasti macam mana aku boleh terlepas album ni, tidak seperti album sebelum (Endgame) dan selepas (Super Collider) kedua-dua ada dimiliki. Mungkin ketika ia dirilis aku masih sibuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru selepas Projek Mega 2011 kot?


Aku tak pernah dengar apa-apa lagu daripada album ni selain Public Enemy No. 1 melalui promo YouTube. Versi mp3 pun aku tak pernah sedut sebelum ini, jadi aku agak blur dengan album ni.

CD yang ada ni pun baru dengar sekali harung, belum ada lagi tune yang melekat, tapi peliknya ada sesetengah tu macam pernah dengar [edited: rupanya lagu New World Order]... Sebab tu tak ada idea, buntu, mungkin penangan nombor malang 13 album ni kot? Hahaha~

Setakat ni, aku belum jumpa lagi entri rakan-rakan bloggers berkaitan album ni. Nanti-nantilah kalau aku rajin dan dah ada idea, aku edit entri ni lagi...


_____
Ada apa: Kes nak mengejar nombor 13 untuk entri album ni.

Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree? (Part 3)


Juga entri yang agak lama dalam bentuk draft, rasanya sebelum bulan puasa. F&N Fruit Tree, kali ni dengan perisa orange aloe.


Rasa jus orennya agak biasa-biasa, cuma yang membuatkannya agak menarik ialah kiub-kiub kecil isi aloe vera di dalam jus, terasa macam nata de coco.

Kalau siri Fruit Tree ni aku suka jus nanas, memang jelas terasa kenanasannya. Tapi, tidak seperti perisa nanas yang didatangkan dalam tin jenis keras (jenis macam tin sardin), perisa orange aloe ni didatangkan dalam tin aluminium biasa.

_____
Ada apa: Menunggu buku-buku jiwa dengan penuh debaran.

Activated Korina


Pada mulanya aku terfikir untuk memasang set EMG 81/60 pada Goldie. Tapi bila difikirkan Goldie sudahpun memiliki set pikap yang memiliki karekteristik bunyi "signature" dan sekian lama dah serasi.

Disebabkan itu, aku mengambil keputusan untuk memasangnya pada Korina. Lagipun bentuk radikal Explorer lebih sesuai dijadikan "gitar metal" berbanding Les Paul.


Pikap asal Korina ni alnico classic in-house Epiphone, not a bad pickup to begin with, jenis mid/low output. Tapi bunyinya lebih sesuai untuk Les Paul berbanding Explorer.


Jika dibandingkan dengan pikap asal Goldie iaitu (Gibson?) alnico 57 Classic, pikap Epiphone ni lebih memuaskan. Walaupun ada orang kata 57 Classic tu pikap Gibson, tapi aku langsung tak berkenan dengan bunyinya.

Sempat juga menjenguk beberapa bahagian dalaman lain, ternyata Korina merupakan sebuah gitar yang berkualiti.

Epiphone stoptail.
Epiphone 3-way toggle switch.
Epiphone output jack.

Ruang kaviti (routing) pikap dan suis memang bersih, kemas dan tak alang-alang. Seni pertukangan Korea (kilang Un Sung) memang mantap. Nak tahu kualiti seni dan ketelitian pertukangannya sesebuah gitar? Cuba jenguk tempat-tempat yang tersembunyi sebegini.


Bila nak pasang pot baru perasan, diameter lubang pot 25k yang dibekalkan adalah bersaiz CTS (~9 mm) berbanding diameter lubang pot Korina bersaiz Alpha (~7 mm), masalah besar ni... Aku tak ada peralatan (drill) untuk membesarkan lubang pada badan gitar.

Nasib baik aku masih ada seunit pot 25k bersaiz Alpha, baki pot Tesla AH-1 beberapa tahun lepas (kalau pot 500k aku ada beberapa unit). Dengan sebiji pot, pendawaian dibuat seringkas mungkin iaitu satu volume sahaja (ala Calypso). Dua tombol lain hanyalah "dummy", sementara menunggu pot 25k baru, dipesan daripada Nonuz.


Sebenarnya, pemasangan pikap aktif ni taklah jauh beza dengan pikap pasif. Perbezaan ketara hanyalah wayar tambahan pada pikap untuk disambung pada terminal positif bateri 9V, manakala terminal negatif bateri pula disambung stereo output jack. Selebihnya sama, jadi kerja-kerja pemsangan tidaklah mengambil masa yang lama, lebih kurang sejam standard amatur aku.


Pada kesempatan yang ada, tali sebelum ini Martin/Darco (9-42) digantikan dengan D'Addario EXL140 (10-52) dan ditala pada talaan drop-D (atau kadang-kadang D-standard), sesuai dengan fungsinya sebagai "gitar metal". Tali Martin/Darco tadi akan dikitar semula pada gitar lain kelak.

Ini merupakan kali kedua aku memiliki gitar dengan pikap aktif, sebelum ini Tesla AH-1 pada ex-VMNTx. Dan kali pertama memiliki EMG setalah sekian lama mengidamkannya.

Sessi pandu-uji akan dilakukan semasa sessi jamming bersama si Korawk, akan ada entri lain nanti. Bersambung...

_____
Ada apa: Explorer + EMG 81/60, memang best meracHun si Korawk.

81 + 60 = ?


Memperolehi set pikap EMG 81 dan 60 terpakai (used) daripada seorang rakan Facebook dari Labuan melalui perantaraan Jamtank. Ditukar (trade) dengan amp Orange Micro Terror.

Batch 2010.
Set pikap ni dikeluarkan daripada gitar LTD EC-1000, dan bukannya set aftermarket. Jadi ia tidak didatangkan dengan sistem solderless quick-connect, hanya pendawaian manual (aka main pateri).


Pots yang dibekalkan agak kurang memuaskan, seperti sudah 2-3 kali digunakan berdasarkan pematerian yang comot. Mungkin aku perlu dapatkan pots 25k yang baru. Stereo output jack pula adalah daripada Switchcraft, bagus...

_____
Ada apa: Korawk, be jealous... Be very jealous! Hahaha (best meracHun si Korawk ni).

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger